Tabung Pembinaan SAR Proton City Akaun Maybank 5580 8800 4761

Table

Jawatankuasa Pelaksana Pembangunan Sekolah Agama Rakyat Proton City
Jawatan Kuasa Nama Tel & E -Mail
Pengerusi Ustaz Dr Ibrahim bin Hashim 0194751856-ibrahim@fsk.upsi.edu.my
Setiausaha Mohd Zamani bin Abdullah Sapar 0166561264-zamani_smi@yahoo.com
Setiausaha 2 Saifullizan bin Sallehuddin 0163312924-saizahiman@yahoo.com.my
Bendahari Abdul Razak bin Mat Taib 0195760755 razaktaib@hotmail.com

Wednesday, February 16, 2011

Kenapa SAR proton city perlu sokongan dan dana?

Salam semua,
Saya terdetik untuk menjelaskan persoalan berkaitan SAR. Berikut adalah fakta berkaitan SAR(info dari internet sebuah laman web...Date: Tuesday, March 09 @ 20:40:44 GMT+):-
1. Apakah yang dimaksudkan dengan SAR?
- SAR adalah sekolah persendirian yang menawarkan pendidikan formal dan sepenuh masa di peringkat rendah dan menengah dalam bidang agama Islam.
- SAR tertakluk di bawah Enakmen Negeri dan perlu berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri.
2. Adakah ini bermaksud semua sekolah agama di bawah pentadbiran negeri adalah SAR?
- Tidak. SAR adalah berbeza dengan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN)
- Ia juga berbeza dengan Sekolah Menengah Agama Kebangsaan (SMKA) yang ditadbir oleh Kementerian Pendidikan.
3. Berapakah jumlah SAR di seluruh negara?
- SAR (Rendah) -: Bilangan Sekolah (43), Bilangan Murid (8,078), Bilangan Guru (520)
- SAR (Menengah) -: Bilangan Sekolah (225), Bilangan Murid (66,375), Bilangan Guru (4,429)
4. Negeri manakah yang mempunyai paling banyak SAR?
- Kelantan -: SAR (Rendah) 17, SAR (Menengah) 75
5. Jika benar SAR merupakan sekolah persendirian, kenapa selama ini ia mendapat bantuan per kapita dari kerajaan?
- Seksyen 52 Akta Pendidikan 1996 membenarkan Menteri Pendidikan menghulurkan sumbangan kepada mana-mana institusi agama Islam walaupun persendirian.
Sebab Bantuan Dihentikan
6. Kenapakah kerajaan mahu menutup SAR?
- Tidak benar. Kerajaan tidak pernah membuat keputusan untuk menutup SAR.
- Kerajaan hanya menghentikan bantuan per kapita bukan mahu menutup SAR.
- SAR boleh terus beroperasi sebagai pelengkap kepada sistem pendidikan negara bagaimanapun mungkin perlu didaftarkan dulu di bawah Akta Pendidikan 1996 sebagai institusi pendidikan agama swasta.
7. Bukankah dengan tidak memberi bantuan per kapita, itu menampakkan keinginan kerajaan untuk menutup SAR?
- Tidak benar. Jika kerajaan mahu menutup SAR, kerajaan tidak akan membenarkannya untuk terus beroperasi.
- SAR masih boleh beroperasi tetapi seperti mana-mana sekolah persendirian, SAR boleh berusaha untuk mendapatkan sumber kewangannya sendiri.

JELAS DI SINI SAR PERLU SUMBER KEWANGAN SENDIRI. DIHARAP SEMUA MUSLIM DI SEKITAR TANJUNG MALIM MEMAHAMI KEDUDUKAN SAR DARI SEGI SUMBER KEWANGAN UNTUK MENGGERAKKANNYA

SETIAP SUMBANGAN WANG DAN TENAGA YANG DIBERI AKAN MENGUKUHKAN LAGI IMAN DAN MENGUATKAN JIWA KITA UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT.

Tatapan- sekolah agama di china dan taman disekitar masjid Taian tepi tasik.

No comments:

Post a Comment